BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 24, 2010

Jurnal Pilihan

Tajuk:
Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4
(The Relationship Between Motivation, Learning Style and Achievement in Additional Mathematics of Form Four Students)

Penulis:
NORLIA ABD. AZIZ
T. SUBAHAN M. MEERAH
LILIA HALIM
KAMISAH OSMAN

Laman:
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2031%202006/JPendidikan31%5Bisukhas%5D/Jpend31%5B09%5D.pdf

Terbitan:
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan pencapaian awal dalam Matematik Tambahan. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Sampel terdiri daripada 350 orang pelajar Tingkatan 4 daripada empat buah sekolah menengah di Kuala Terengganu. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan empat gaya pembelajaran, iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya gigih usaha. Gaya kelima pembelajaran, gaya dorongan, telah diubah suai untuk mengukur dorongan motivasi dalaman dan luaran. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej SPSS. Hasil analisis deskriptif mendapati para pelajar mempunyai dorongan motivasi dalaman yang tinggi berbanding motivasi luaran serta mengamalkan gaya permukaan dan gaya mendalam berbanding gaya terancang dan gigih usaha. Hasil analisis inferensi mendapati pencapaian Matematik Tambahan mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran mendalam, gigih usaha dan terancang. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan motivasi dalaman. Tidak terdapat perbezaan signifikan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan pencapaian awal. Implikasi kajian ini ialah faktor motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar.

4 comments:

wahida ruqayyah mohamad said...

salam....gaya pembelajaran itu penting untuk menarik minat pelajar terhadap matapelajaran matematik.Apatah lagi matematik tambahan yang merupakan satu subjek yang agak susah. maka di sini guru yang mengajar harus bijak memilih gaya pembelajarn yang sesuaibagi tujuan menarik minat pelajar.Faktor motivasi juga penting. Motivasi pelajar yang intrinsik dan juga ekstrinsik dapat menambah minat pelajar terhadap pelajaran tersebut.

kasuwani said...

pada pendapat saya,Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar khususnya dalam pembelajaran matematik. Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan membolehkan guru membimbing pelajar-pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan masing-masing. Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan pelajar-pelajar peluang mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial.
namun, jika peranan guru dalam bilik darjah tidak lebih daripada menyuruh pelajar menggunakan langkah-langkah yang diajar oleh mereka, seterusnya mengikuti apabila menjawab soalan peperiksaan nanti, hasilnya ramai pelajar yang gagal, benci dan takut kepada mata pelajaran ini.

nisfarina (202129) said...

salam... pembelajaran matematik dianggap susah dan sering menjadi alasan kepada pelajar2 untuk tidak mempelajari matematik dengan bersungguh2...

Untuk itu, gaya pembalajaran pelajar dan pengajaran guru perlu diubah kepada bentuk yang lebih menarik. Contohnya dengan aplikasi ICT serta menyediakan modul yang berkesan yang membabitkan pelajar-pelajar untuk lebih terlibat dalam penyelesaian masalah.

Sebagai contoh, penggunaan ICT mampu menarik minat pelajar kerana pelbagai program dan software yang boleh digunakan untuk pembelajarn murid2. Keinginan mereka untuk mengenal teknologi juga secara tidak langsung menaraik mereka untuk mengenal matematik dengan lebih mendalam.

Modul Matematik juga perlulah banyak melibatkan pelajar untuk penyelesaian mesalah. Dan, guru pula bertindak sebagai moderator...

zalida202136 said...

Dalam pembelajaran matematik tamabahan, kaedah yang sesuai harus dipraktikkan supaya pelajar berminat untuk mempelajarinyan dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek tersebut. pengetahuan dalam metematik tambahan ini penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan dapat membantu dalam pembangunan negara.