BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 24, 2010

Jurnal Pilihan

Tajuk:
Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4
(The Relationship Between Motivation, Learning Style and Achievement in Additional Mathematics of Form Four Students)

Penulis:
NORLIA ABD. AZIZ
T. SUBAHAN M. MEERAH
LILIA HALIM
KAMISAH OSMAN

Laman:
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2031%202006/JPendidikan31%5Bisukhas%5D/Jpend31%5B09%5D.pdf

Terbitan:
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar Tingkatan 4. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan pencapaian awal dalam Matematik Tambahan. Kaedah yang digunakan adalah secara tinjauan. Sampel terdiri daripada 350 orang pelajar Tingkatan 4 daripada empat buah sekolah menengah di Kuala Terengganu. Alat kajian yang digunakan ialah Inventori Pembelajaran Di Sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan empat gaya pembelajaran, iaitu gaya mendalam, gaya permukaan, gaya terancang dan gaya gigih usaha. Gaya kelima pembelajaran, gaya dorongan, telah diubah suai untuk mengukur dorongan motivasi dalaman dan luaran. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej SPSS. Hasil analisis deskriptif mendapati para pelajar mempunyai dorongan motivasi dalaman yang tinggi berbanding motivasi luaran serta mengamalkan gaya permukaan dan gaya mendalam berbanding gaya terancang dan gigih usaha. Hasil analisis inferensi mendapati pencapaian Matematik Tambahan mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran mendalam, gigih usaha dan terancang. Terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran mendalam dengan motivasi dalaman. Tidak terdapat perbezaan signifikan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan pencapaian awal. Implikasi kajian ini ialah faktor motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar.

Monday, January 11, 2010

My first day

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari pertama saya berblog. Saya sebenarnya tidak berapa arif tentang blog. Tetapi saya terpaksa membuat blog ini kerana di"paksa" oleh Pensyarah saya. Walau bagaimana pun saya akan berusaha untuk terus menggunakan blog ini supaya idea dan pandangan saya dapat disebarkan kepada seluruh pembaca terutamanya pelajar saya.

Sekian sahaja untuk kali ini. Kita jumpa lagi.